Saturday, February 12, 2011

akan ada aku, kau dan dia.

Salam ;)
Setahu aku, setiap apa yang kita lakukan pasti bersebab. Ada ke orang buat sesuatu tanpa sebab? Orang tak waras pun kalau buat apa-apa mesti ada sebab. dah tentu sebabnya dia tak waras ye tak. Cuma mungkinkah kita terlupa atau sebenarnya lebih mementingkan diri sahaja sehingga kita tidak memikirkan yang dalam kehidupan ini akan ada Aku, Kau dan Dia. yang membawa maksud setiap apa yang kita buat bukan sahaja bersebab malah turut akan menjadi penyebab. Haa... how was that meant?

Mungkin ada yang berkata “Mana mungkin setiap apa yang kita lakukan itu dapat menggembirakan semua orang.”  Benar! Memang kita tidak dapat menggembirakan semua orang dengan apa yang kita lakukan. Tetapi percayalah. Hanya akan ada 2 golongan sahaja dalam hal ini, iaitu golongan yang suka melihat kebaikan (bagi yang ramai) dan golongan yang tidak memikirkannya melainkan kebaikan untuk dirinya sahaja. Sudah tentu yang tidak gembira itu adalah dari golongan yang bertentangan.

Dan samada kita sedar ataupun tidak, golongan yang mahukan kebaikan ini seringkali melakukan pengorbanan dalam kehidupan mereka sendiri semata-mata demi kebaikan semua pihak. Sedangkan mereka juga mempunyai pelbagai peluang dan boleh sahaja jika mereka mahu melakukannya. Sayangnya tidak ramai yang celik untuk mengerti apa ntah lagi hendak menghargai.
Mungkin kehidupan ini akan dianggap rumit bagi mereka yang merasakan kehendaknya terbatas. sedangkan mereka tahu akan sifat manusia yang tidak pernah puas. Berbeza bagi mereka yang begitu berhati-hati dalam tindakannya, kerana mereka tahu Dalam Dunia. Akan ada Aku, Kau dan Dia. Yang membawa maksud, tidak kira dalam kehidupan kita ataupun kehidupan orang lain, akan ada watak-watak yang melibatkan diri kita (Aku), pihak kedua (Kau) dan pihak ketiga (Dia) yang boleh menjadi penyebab dalam sesuatu hal samada baik atau buruk, termasuk memberi kesan jangka pendek atau panjang.
Jadi, persoalannya dimanakah kita? Adakah tujuan kehidupan manusia ini sebenarnya untuk kita berlumba-lumba antara satu sama lain atau untuk membantu sesama kita?
p/s : Aku tak kata aku betul dan tidak juga aku kata orang lain salah. Tidak ada niat untuk bersalah-salahan dengan yang lain, sekadar persoalan yang ada dalam pemikiran dan aku kongsikan kepada yang mahu. Itu sahaja. Keputusan adalah hak masing-masing asalkan kita bersedia dan berani bertanggungjawab ke atasnya. Kan? Kan? Till then my dear, salam ;)

No comments:

Post a Comment